KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebagai langkah pertama ke arah perkhidmatan penuh, kedua-dua perkhidmatan terus dikendalikan sebagai perkhidmatan gabungan tetapi dengan kekerapan yang dipertingkatkan untuk memberikan keselesaan dan kemudahan lebih besar kepada bilangan penumpang semakin meningkat.
"Penjadualan semula menyaksikan kekerapan perkhidmatan gabungan ditambah daripada setiap 15 minit kepada setiap 10 minit pada waktu puncak hari bekerja (enam perkhidmatan berjalan setiap jam).
"Manakala di luar waktu puncak, kekerapan ditingkatkan daripada setiap 30 minit kepada setiap 20 minit (tiga perkhidmatan setiap jam)," menurut kenyataan itu.
Menurut ERL, tren pertama berlepas pada 5 pagi dari stesen KL Sentral dan KLIA2 setiap hari manakala tren terakhir adalah pada 12.02 tengah malam dari kedua-dua terminal.
Menurut ERL, waktu puncak adalah dari 7 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat.
Sementara itu, ERL memaklumkan tiada perubahan kadar tambang ke lapangan terbang bagi perkhidmatan gabungan itu dan pelanggan digalakkan membeli tiket secara dalam talian atau melalui laman web atau aplikasi KLIA Ekspres untuk menikmati tawaran istimewa serta penjimatan sehingga 27 peratus.
Syarikat itu menyasarkan untuk menyambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit sepenuhnya pada suku keempat tahun ini, dan selepas itu operasi tren akan kembali kepada kekerapan perkhidmatan dan waktu operasi pra-pandemik.
ERL turut menasihati pengembara udara dan penumpang harian agar menyemak jadual tren dan merancang perjalanan mereka lebih awal bagi meminimumkan masa menunggu serta memastikan mereka mempunyai banyak masa untuk daftar masuk penerbangan serta bagasi di lapangan terbang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Penjadualan semula menyaksikan kekerapan perkhidmatan gabungan ditambah daripada setiap 15 minit kepada setiap 10 minit pada waktu puncak hari bekerja. - Gambar fail
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam.